MAKSUD:
-Usahawan ialah seseorang yang memulakan atau mengusahakan sesuatu perniagaan atau perusahaan.Usahawan amat berkemampuan dalam mereka cipta sesuatu produk baru atau mengubahsuaikan produk sedia ada hingga memperoleh keuntungan.
PERBEZAAN ANTARA PENIAGA DAN USAHAWAN :
PERNIAGA:
- Membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan sedia ada .
- Menceburi perniagaan dalam pasaran sedia ada .
- Memetingkan keuntungan jangka pendek
- Hanya sanggup menghadapi risiko yang terhad
- Berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
- Skala operasi lebih kecil dengan pengendalian pengurusan yang statik.
USAHAWAN:
- Berusaha mereka cipta dan mengubahsuaikan barangan serta perkhidmatan baru yang lebih bernilai
- Merancang dan berusaha untuk mewujudkan pasaran baru
- Mementingkan keuntungan untuk jangka masa yang panjang, mengutamakan sumbangan dan bakti kepada masyarakat dan negara
- Sanggup menghadapi risiko yang besar
- Sentiasa berusaha mengembangkan perusahaan yang ada
- Skala operasi mungkin kecil pada peringkat awal tetapi berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan
*KREATIF:
- Kebolehan mengilhamkan dan mereka cipta sesuatu produk yang baru
- Produk atau perkhidmatan baru harus mempunyai nilai dan faedah kepada masyrakat
- Ciptaan baru ini akan dipasarkan dan menjadi satu daripada pelbagai pilihan kepada pengguna
*INOVATIF:
- Kemampuan mengubahsuaikan nilai dan kualiti suatu produk agar menjadi lebih baik dan sempurna
- Ia akan menghadapi persaingan dipasaran yang banyak
- Kerana ia dapat meningkatkan daya tarikan sesuatu produk kepada pengguna
- Permintaan dipasaran juga meningkat hingga boleh menambahkan nilai dan harga
*SANGGUP MENGHADAPI RISIKO:
Risiko yang mungkin dihadapi oleh usahawan:
- Produk tidak laku dipasaran
- Persaingan yang sengit
- Kerugian
*BIJAK MENGAMBIL PELUANG:
- Tindakan yang berkesan dan pantas
- Mengenal pasti peluang pekerjaan yang baru yang memiliki keuntungan dihari kelak
- Cekap mengatur strategi untuk mengatasi sebarang persaingan di pasaran
*MEMPUNYAI DAYA USAHA YANG BERTERUSAN:
- Tidak pernah berpuas hati atas suatu kejayaan
- Tidak mudah putus asa apabila menghadapi sebarang masalah
- Sentiasa mencari peluang baru, membuat pilihan, merancang dan melaksanakannya sehingga berjaya
KELEBIHAN MENJADI USAHAWAN BERBANDING MAKAN GAJI:
KRITERIA PENDAPATAN :
*USAHAWAN
KRITERIA PENDAPATAN :
*USAHAWAN
- semakin kuat daya usaha, semakin besar pulangan atau pendapatannya
- Menerima gaji daripada majikan apabila selesai membuat sesuatu kerja
- Bidang tugas terhad dan berdasarkan jawatan yang disandang.
- Majikan sahaja yang boleh membuat keputusan.
- Kreativiti tersekat oleh pelbagai peraturan yang ditetapkan.
- Mendapat pertambahan gaji berdasarkan prestasi kerja.
*BIDANG KEGIATAN USAHAWAN
*BIDANG PENGELUARAN
- Kegiatan berkaitan dengan aktiviti menghasilkan bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap.
- Berperanan mengurus faktor-faktor pengeluaran seperti modal, bahan dan juga buruh.
- Kadar kos dapat dikurangkan atau dipertingkatkan keuntungan bergantung kepada kecekapan pengurusan.
1.Ekstraktif
- Kegiatan mengeluarkan bahan mentah dari alam semula jadi seperti aktiviti perlombongan, pembalakan dan perikanan.
- Namun sumber alam semula jadi akan pupus dan susut jika tidak dikawal pengeluarannya.
*PERLOMBONGAN
-Hasil galian seperti bijih timah, petroleum, arang batu, dan lain-lain.
*PEMBALAKAN
-Hasil kayu-kayan dan rotan seperti rotan manau
*PERIKANAN
-Hasil dari sungai, tasik dan laut seperti ikan, udang, kerang dan lain-lain.
2.Pertanian
- Kegiatan mengeluarkan bahan mentah dengan cara bercucuk tanam dan bertenak.
CONTOH PENGELUARAN:
*BERCUCUK TANAM
-Hasil buah-buahan, sayur-sayuran bunga-bungaan, getah, kelapa sawit dan lain-lain.
*BERTENAK
-Pertenakan kambing, lembu, ikan, udang, kerang dan lain-lain.







